Jaecoo Malaysia jual 7,041 unit SUV J7 dalam lima bulan – versi PHEV CKD dilancar pada Feb 2025


Jaecoo Malaysia jual 7,041 unit SUV J7 dalam lima bulan – versi PHEV CKD dilancar pada Feb 2025

Kelibat SUV Jaecoo J7 makin banyak kelihatan di jalan raya. Ternyata, jualan SUV ini ‘boleh tahan masyuk’ juga, membuktikan ia menerima sambutan menggalakkan di pasaran tempatan. Jaecoo Malaysia sediri melaporkan jualan bagi SUV J7 telah mencecah 7,041 unit dalam tempoh lima bulan selepas ia dilancarkan pada Julai 2024. Dianggarkan sekitar 1,400 unit sebulan, angka yang agak tinggi bagi ‘pendatang baharu’ sepertinya dalam segmen SUV-C.

Jaecoo Malaysia mengaitkan pencapaian itu dengan pelaburan dalam rangkaian pengedaran yang luas, gudang dan aset pengeluaran. Syarikat itu baru-baru ini telah mengiktiraf 12 pengedar berprestasi tinggi menerusi penganjuran majlis anugerah pengedarnya yang pertama.

“Kami menghargai pelanggan kami atas kepercayaan mereka terhadap jenama Jaecoo dan kami akan tetap berdedikasi untuk memenuhi janji jenama kami dengan kenderaan terbaik dalam kelasnya dan pengalaman pemilikan premium.

“Anugerah tersebut mengiktiraf rangkaian pengedar kami yang memainkan peranan penting dalam pencapaian keseluruhan jenama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian pengedar kami, sejajar dengan cita-cita kami untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik,” kata Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek.

Jaecoo Malaysia jual 7,041 unit SUV J7 dalam lima bulan – versi PHEV CKD dilancar pada Feb 2025

Dalam majlis berkenaan, Auto Galaksi selaku wakil pengedar berpusat di Johor telah diberikan anugerah untuk jualan tertinggi. Wakil pengedar lain yang turut menerima pengiktirafan yang sama ialah Gagner Auto, ES Premium Holdings, Luxurious Legend, Siang Hin (KL), Apple Autotech, Kluster Vehicle, Carshen, AAW Nexus, BH Premium Auto, Indah Utara Enterprise dan Tropical Impression Auto.

Jaecoo Malaysia berkata ia akan memperluaskan penilaiannya untuk memasukkan skor Indeks Perkhidmatan Pelanggan (CSI) dan Indeks Kepuasan Jualan (SSI), antara kriteria lain pada tahun ini.

Produk kedua syarikat ini, Omoda C9 dilancarkan pada Disember 2024, dan akan datang, mannequin J7 PHEV yang dijadualkan akan diperkenalkan pada bulan hadapan. Sama seperti J7 yang dijana petrol, mannequin plug-in hybrid ini akan hadir dengan versi pemasangan tempatan (CKD) yang diproduksi di kilang Chery di Shah Alam. Harganya dijangna bermula RM170k – perincian penuh di sini.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *