Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal QJMotor di Malaysia memperkenalkan sebuah mannequin baru yang dipanggil sebagai SRF15. Ia ditawarkan dalam pilihan dua warna, pada harga RM8,888 tidak termasuk insurans, bersama jaminan dua tahun atau 20,000 km.
SRF15 mempunyai saiz kecil seperti Kawasaki KSR, Honda MSX125 dan Benelli TnT 135, dan dipacu oleh enjin satu silinder SOHC penyejukan udara 150 cc suntikan bahan api, dipadankan bersama transmisi lima kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 13 hp pada 9,000 rpm dan tork 12 Nm pada 7,000 rpm.
Rim 12 inci motosikal ini masing-masing dibalut oleh tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, dan kemudian masing-masing dipegang oleh fork USD dan monoshock. Ia boleh dinaiki oleh dua orang, dengan tinggi tempat duduk 760 mm dan berat keseluruhan motosikal 124 kg.
Tugas membrek pada motosikal ini dijalankan oleh sistem cakera di hadapan dan belakang, tetapi tiada fungsi ABS. Di hadapan penunggang tersedia panel meter digital dengan pelbagai informasi, manakala tangki bahan api pula berkapasiti 7.2 liter.
Kelengkapan lain yang disediakan oleh SRF15 adalah seperti lampu hadapan LED, pengecas USB serta lampu amaran kecemasan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.